- Malvest2u
Ruang Discaj Pesakit: Beri Manfaat Dan Keselesaan Pada Pesakit HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 November 2025 – Satu lagi inisiatif baharu diperkenalkan oleh Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) bagi kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada pesakit serta ahli keluarga mereka dengan menyediakan Ruang Discaj Pesakit.
Kemudahan ini dijangka memberi manfaat kepada pesakit dan keluarga sebagai ruang menunggu yang lebih selesa, kondusif dan mesra komuniti sementara menanti proses discaj selesai.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan HPUSM untuk memperkukuh hubungan strategik bersama rakan komuniti setempat. Kos penyediaan ruang serta kemudahan ini turut menerima sumbangan daripada rakan komuniti seperti Malvest Group, Swee Cheong Watch Sdn. Bhd. dan Haji Ali Homes Sdn. Bhd., khususnya dari segi penyediaan peralatan yang lebih selesa dan kondusif.
Majlis perasmian ruang ini telah disempurnakan oleh Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani. Turut Hadir ialah Pengarah Urusan Haji Ali Homes Sdn. Bhd., Muhammad Ridzwan Shamsudin; Pengarah Swee Cheong Watch Sdn. Bhd., Lee Kum Chuan; Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Kampus Kesihatan USM, Engku Nazli Engku Mohd Ariffin; Ketua Jabatan, Jabatan Kejururawatan HPUSM, Norhayati Mohamad dan wakil Malvest Group.
Teks: Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
Created on .

